Wednesday, March 19, 2014
Sunday, March 9, 2014
دعاء فاكي
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين
وعلى أله وصحبه أجمعين
رضينا بالله ربا وبالاسلام دينا وبسيدنا محمد صلى الله عليه وسلم نبيا
ورسولا
اللهم افتح علينا فتوح العارفين وارزقنا فهم النبيين بجاه خاتم
المرسلين
اللهم علمنا الكتاب والحكمة وعلمنا من لدنك علما
اللهم يسر امورنا أمور الدنيا والاخرة برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم اجعلنا من الناجحين ولا تجعلنا من الراسبين انك انت الرحمن
الرحيم
ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين
Saturday, March 8, 2014
Seringan-ringan siksaan penghuni Neraka
Daripada Nu`man Bin Basyir radhiallahu anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Sesungguhnya seringan - ringan siksaan penghuni Neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang akan diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya.(dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dashyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).
Orang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ini ialah bapa saudara Nabisallallahu 'alaihi wasallam yang bernama Abu Thalib, kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kafir, namun segala jasanya dalam mengasuh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sewaktu Baginda masih kecil dan dengan pembelaannya terhadap Baginda setelah diangkat menjadi Rasul, semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit keringanan bila dibandingkan dengan orang-orang kafir lain.
Huraian Hadis :
Cuba kita bayangkan betapa dahsyatnya siksaan yang paling ringan di Neraka, dengan bahang kedua bara api yang diletakkan di bawah tapak kaki sudah boleh mendidihkan otak yang ada di atas kepala, maka betapa pula kalau siksaan yang lebih berat. Rasanya tidak ada seorang pun yang mampu untuk berdiri di atas bara api yang panas yang boleh menggelegakkan otak yang ada di kepala. Kalau kita tersentuh sedikit sahaja dengan api dunia ini, kita sudah menjerit kepanasan dan kita tidak akan mampu menahannya walaupun hanya dalam masa sehari atau seminggu sahaja, cuba bayangkan betapa pedihnya siksaan yang berterusan dan dari saat ke saat hanya bertambah panas di samping tekanan jiwa dengan putus harapan daripada selamat walaupun setelah jutaan tahun akan datang.
Orang yang akan disiksa dengan siksaan yang paling ringan ini ialah bapa saudara Nabisallallahu 'alaihi wasallam yang bernama Abu Thalib, kerana walaupun beliau mati dalam keadaan kafir, namun segala jasanya dalam mengasuh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sewaktu Baginda masih kecil dan dengan pembelaannya terhadap Baginda setelah diangkat menjadi Rasul, semua ini menyebabkan Abu Thalib mendapat sedikit keringanan bila dibandingkan dengan orang-orang kafir lain.
Petikan dari :
Kitab : 40 Hadis Penawar Hati
Susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi
Kitab : 40 Hadis Penawar Hati
Susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi
Saturday, March 1, 2014
Saiyidul Istighfar
اَللَّهُمَّ أَنتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ اِلاَّ أَنتَ، خَلَقتَنِي وَأَنَا عَبدُكَ وَأَناَ عَلَى عَهدِكَ وَوَعدِكَ مَا استَطَعتُ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّ مَا صَنَعتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنبِي، فَاغفِر لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنتَ
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan.
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam al-Bukhari )
Perlindungan Daripada Gangguan Syaitan
بسم الله، أعوذ بالله السمـيع العـلـيم من الشيطان الرجيم. رب اعوذ بك من همزات الشياطين واعوذ بك رب ان يحضـرون.
Ertinya: Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah yang Maha
Mendengar Lagi Maha mengetahui dari Syaitan yang direjam. Wahai Allah
yang mentadbir/mengatur segala urusan hidup ku, aku berlindung kepada Mu
dari gangguan Syaitan dan aku berlidung kepada Mu dari kehadiran mereka
kepada ku.
اللهم انى اعوذ بك من الـفحشـاء والمنكـر
من عمل الشيطان.
Ertinya Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada perbuatan keji
dan munkar dari amalan Syaitan.
اللهم انى اعوذ بك منك.
Ertinya Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada segala perkara
yang datang daripada Mu.
اللهم اجعـلـنى من عبادك الصالحين .
Ertinya Ya Allah, Jadilah aku daripada hamba-hamba Mu yang soleh
Subscribe to:
Posts (Atom)